Tuesday 15 April 2014

Makanan Terbaik Untuk Kurangkan Berat Badan

Makanan Terbaik Untuk Mengurangkan Berat Badan

Makanan adalah kunci utama dalam proses penurunan berat. Ia mestilah makanan yang penuh khasiat dan bernutrisi. Jom lihat makanan yang bagus untuk mengurangkan berat badan.

 1)Oat

Oat bukan sahaja mudah disediakan, malah ia dapat membantu anda merasa kenyang untuk masa yang lama. Penuh dengan serat dan ia dapat membakar lemak dan meningkatkan metabolisma.



2)Brokoli

Sayur ini dikenali sebagai pencegah kanser. Ianya boleh di makan mentah dan juga di masak. Kalorinya sangat rendah iaitu kurang daripada 30 kalori dan sangat bagus dalam diet seharian.




3)Teh Hijau

Teh hijau mempunyai antioksidan yang boleh membakar lemak dan juga kalori anda. Ia juga boleh membuatkan anda berasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan.



 4)Susu Rendah Lemak

Susu sememangnya dapat memberi rasa kenyang dan juga enak rasanya. Susu mengandungi kalsium yang baik untuk tulang dan susu juga membantu membakar kalori dan lemak.





 5)Kacang Badam

Kacang ini mempunyai kandungan serat yang tinggi terutamanya dibahagian kulit. Pastikan mengambil kacang badam yang natural, bukannya yang telah di campur garam atau bahan lain. Ia amat sesuai di jadikan snek di antara waktu makan utama.



Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment